Jawatan Kosong Di MSSB - Julai 2013

Majaari Services Sdn Bhd (MSSB) beribu pejabat di Kota Bharu, Kelantan merupakan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mempelawa calon-calon yang berminat, berkelayakan, berpengalaman dan berdedikasi untuk memohon jawatan tersebut dibawah dengan mengemukakan resume peribadi menyatakan kelayakan, pengalaman, butir-butir peribadi yang lengkap, gaji semasa dan gaji diminta serta nombor untuk dihubungi dengan gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) :- 

1. JURUTEKNIK (BIOCHAR) 

Tanggungjawab: 

-Bertanggungjawab keatas penyelenggaraan, pembaikan dan penyelesaian masalah sistem / mesin Biochar. 

-Bertanggungjawab dalam penyediaan laporan kerosakan sistem / mesin kerja termasuk laporan kepada pihak atasan. 

-Bertanggungjawab keatas ujian, langkah & menyesuaikan sistem dan komponen enjin serta melakukan diagnostik kerja pada enjin dan sistem mesin. 

-Memastikan penyelenggaraan berkala yang betul dan tetap dilakukan pada peralatan pengeluaran mengikut jadual yang telah disediakan. 

-Bertanggungjawab dalam memastikan proses pengiraan / keperluan spesifikasi sistem / mesin dipenuhi bagi memastikan tidak berlaku sebarang -kerosakan sistem / mesin. 


Kelayakan : 

-Mempunyai Diploma Kejuruteraan Mekanikal/ Elektrikal/Elektronik atau Mekatronik. 

-Mempunyai sekurang-kurangnya 3-5 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan. 

-Mempunyai kemahiran dalam komputer terutama Microsoft Word/Excel, Power Point dan sebagainya. 

-Boleh berdikari , berpengetahuan, dipercayai, jujur dan amanah. 

-Mempunyai pengalaman dalam bidang rawatan air dan kumbahan serta pembetungan adalah satu kelebihan. 

Berminat, sila hantarkan permohonan anda ke:-

Majaari Services Sdn Bhd 
Lot 188A, Seksyen 21, Jalan Tengku Ismail, 
Off Jalan Telipot, 15200 
Kota Bharu, Kelantan 

Atau email ke :-admin@majaari.com.my 

Tarikh tutup permohonan : 31 Julai 2013

Sumber

Comments