Jawatan Kosong 2013 di Universiti Teknologi MARA (UiTM Sri Iskandar)


Universiti Teknologi MARA (Perak) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak bagi jawatan lantikan/kenaikan pangkat di Kampus Seri Iskandar dan Tapah bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.
1. JURUTEKNIK KOMPUTER
2. PEMBANTU MAKMAL
3. PENGAWAL KESELAMATAN
4. PEMANDU
5. PEMBANTU AM PEJABAT
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
(a)Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.
(b)Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan kad pengenalan dan sijil-sijil yang disahkan benar dari salinan asal.
(c)Hanya permohonan-permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(d)Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap TIDAK BERJAYA.
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
(a)Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh didapati dengan datang sendiri ke Pejabat Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA (Perak), Seri Iskandar, Perak atau dengan melayari laman sesawang Universiti Teknologi MARA (Perak) di http://www.perak.uitm.edu.my
(b)Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon disebelah kiri (atas) sampul surat.
(c)Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 JANUARI 2013 (ISNIN)
Permohonan perlu dikemukan kepada:
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PERAK)
KAMPUS SERI ISKANDAR
32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN
Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2013 ini.
Sila klik sini untuk muat turun borang permohonan.

Comments