Jawatan kosong 2013 di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :
1. PENOLONG JURUTERA J29 (TETAP)
CARA MEMOHON.
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan
Kosong yang boleh didapati di Kaunter Informasi Aras 1 Majlis Perbandaran Subang Jaya atau boleh didapati melalui internet: www.mpsj.gov.my.
b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:-
i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
ii) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.
iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).
iv) Transkrip keputusan peperiksaan semua semesta – (jika yang berkenaan).
v) Sekeping Gambar ukuran pasport (Warna).
vi) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.
c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan Mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21.
Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-
YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
PERSIARAN PERPADUAN, USJ 5,
47610 SUBANG JAYA.
(u.p. : JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)
Tarikh tutup permohonan pada 15 Januari 2013
Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2013 ini.

Comments