Sunday, January 6, 2013

Jawatan Kosong 2013 di Majlis Daerah Pontian


Majlis Daerah Pontian dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:-
1. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
2. Pembantu Penilaian W17
3. Pekerja Awam R1
CARA PERMOHONAN
Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Daerah Pontian yang dikenakan bayaran RM 1.00 (Ringgit Malaysia : Satu sahaja) yang boleh didapati dengan menggunakan sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem 80 sen atau mengambilnya sendiri seterusnya menghantar permohonan tersebut ke alamat:
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH PONTIAN,
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN,
(BAHAGIAN PENTADBIRAN),
ARAS 1,BANGUNAN BARU,
JALAN ALSAGOFF,
82000 PONTIAN,JOHOR
-Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang-borang permohonan.Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan:
i. kad pengenalan
ii. sijil kelahiran
iii. sijil-sijil persekolahan
iv. kelulusan akademik
v. transkrip keputusan peperiksaan
vi. 1 keping gambar yang terbaru berukuran passport
vii. lain-lain dokumen sokongan
-Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan /Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005,Peraturan 17.
-Bagi kelayakan Ijazah / Diploma / Sijil perlu mendapatkan pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif http://www.interactive.jpa.gov.my/WebInteraktif/frmsenaraipengiktirafanbaru.asp dan dilampirkan bersama borang permohonan.
- Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. -Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
TARIKH TUTUP : Sebelum atau pada 10 Januari 2013
Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2013 ini.

No comments: