Thursday, August 22, 2013

Islam Dalam Bahaya! Tentera Dajjal Telah Menguasai Mekah Dan Madinah

Pada ketika ini umat islam di seluruh dunia sedang menumpukan perhatian mereka terhadap krisis yang berlaku di Mesir dan Syria. Tetapi sedarkah kita bahawa apa yang berlaku itu adalah episod terakhir percaturan Dajjal sebelum pergi ke fasa berikutnya sebelum datangnya hari kiamat.

Tahukah anda, sasaran sebenar yang mereka idamkan bukanlah Palestin tapi sebaliknya iaitu MEKAH dan MADINAH. Huru-hara yang berlaku dibeberapa negara arab sekarang ini adalah sebahagian daripada perancangan tentera Dajjal untuk mengaburi mata umat Islam terhadap matlamat utama mereka.

Mungkin ramai daripada kita tidak sedar bahawa Mekah dan Madinah kini telah dikepung dan dikawal secara sistematik oleh Zionis (Israel) bersama sekutunya dari Syiah (Iran). Perancangan jahat mereka telah lama bermula sejak tumbangnya beberapa empayar Islam.

TURKI Uthmaniyah yang ditumbangkan dan jatuh ke tangan puak sekular Ekstreme, walaupun kini diperintah Pemimpin "Islamik" Erdogan, hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang pengikut setia Attaturk.

PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah oleh puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

IRAQ satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan, Amerika dan negara salib dan bantuan sulit dari Syiah (Iran).

AFGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh Amerika hasil bantuan Syiah (Iran) dan segala hasil buminya disalur pada Zionist  Israel.

LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan "eksperimen" untuk mencetuskan "Arab Spring". Rakyatnya dihasut untuk "bangkit" dibantu dengan bersungguh sungguh oleh oleh Tentera Salib (NATO).

SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab-kitab lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah (Dajjal) dan Al-Mahdi.

MESIR walaupun "diserahkan" kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin,kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionist bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga umat islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera!

Cuba kita lihat pada peta dunia Arab sekarang, kesemua negara Arab yang mengelilingi Mekah dan Madinah telah ditawan secara sistematik oleh puak-puak Dajjal.
Dan diakhir zaman juga disebut dalam sebuah hadis memberi tahu bahawa tempat suci umat Islam iaitu Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang lelaki berkulit hitam dari keturunan hamba HABSHY yang diberi kepercayaan untuk memerintah Rom.......

JADI SIAPAKAH LELAKI HABSHY  ITU? Nak tahu baca sini

Sunday, August 4, 2013

Kesan Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid

Pengharaman Seks Semasa Haid

Islam mengharamkan Kesan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud:“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)

Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)

Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“



Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid

Kesan Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD)dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan,menjauhi 
hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian farajadalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan 
hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita diChester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.

Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang 
Kesan melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovaridilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.

Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.

Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.

Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak,“Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?”Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)

Wallahu’alam….

Ditahan Jual Nasi Bungkus

Beberapa pegawai dan anggota Penguat kuasa Syariah menjalankan pemeriksaan di sebuah premis di bandar Jertih.   
 
BESUT – Dua individu termasuk seorang wanita ditangkap kerana tidak berpuasa dan makan secara terbuka di tempat awam pada bulan Ramadan serta menjual makanan kepada orang Islam tidak berpuasa, kelmarin.

Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, ibu tunggal berusia 40-an itu diberkas di rumahnya di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut oleh sepasukan anggota Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Besut setelah mendapat maklumat orang awam.

Menurutnya, dalam serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu, wanita terbabit dipercayai sedang menjual nasi bungkus kepada beberapa pelanggan di rumahnya.

“Bagaimanapun, penguat kuasa gagal memberkas pelanggan yang melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguat kuasa, sementara wanita terbabit ditangkap dan sebanyak 10 bungkus nasi turut dirampas," katanya.

Menurut Azmi, pihaknya telah melakukan intipan selama beberapa hari sebelum menyerbu rumah wanita terbabit.

Katanya, wanita berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 19(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syarie (takzir) negeri Terengganu kerana tidak menghormati bulan puasa (menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa).

Sementara itu katanya, dalam operasi yang turut disertai Penguat kuasa Majlis Daerah Besut itu, pihaknya menahan seorang lelaki beragama Islam berusia 56 tahun di dalam sebuah kedai milik lelaki bukan Islam pada jam 10 pagi, hari yang sama.

“Lelaki terbabit ditahan selepas anggota penguat kuasa yang menyerbu kedai tersebut mendapati dia menghisap rokok di situ dan akan didakwa di bawah Seksyen 19 (b) enakmen yang sama kerana tidak berpuasa,” katanya.

Azmi berkata, tangkapan tersebut yang pertama sepanjang Ramadan ini dan pihaknya akan melakukan pemeriksaan serta pemantauan secara berterusan bagi menjaga kesucian Islam.

Dalam operasi berkenaan, sebanyak 10 premis membabitkan premis perniagaan dan rumah termasuk sebuah rumah di Kampung Pangkalan Sentul, Jertih diperiksa.

Sinar Harian