Sunday, June 23, 2013

5 TREND TERKINI WANITA MELAYU

Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden.
Tetapi kebanyakkan wanita Melayu yang dapat dilihat, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah. Macam mana tu? Sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini.

Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa?”.

Mari kita kenali dulu 5 trend atau sikap wanita Melayu yang terpesong dalam zaman moden ni.

Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi 

Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkanlurah dendam “neraka” depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut! Ewwww…simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah tunjuk-tunjuk.

Tudung Nampak Bayang Rambut 

Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Memang ada pelbagai fesyen tudung wanita yang tidak tahu aku nak ulas camna.

Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai 

Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak. Kadang-kadang kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.

Bertepuk Tampar Dengan Lelaki 

Persahabatan antara lelaki Melayu dan perempuan Melayu tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal gak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. Bukan sedap pun. Sakit wooooo.

Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan 

Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam Melayu. Memang dalam perkara ini kaum lelaki Melayu juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi. Astagfirullah. Malu tu kan mahkota seorang wanita.

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Cuma aku rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual.

Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Pahit untuk aku katakan, tapi pahit itu lah ubat. Untuk lelaki yang membaca ni, ingatlah, korang nanti akan ditarik oleh golongan wanita ke neraka jika bersikap dayus.

Saturday, June 22, 2013

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Jun 2013 (600 Kekosongan)

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Kerja Kosong 2013 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah seperti berikut :

1. Pegawai Pekhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma - 300 kekosongan jawatan
2. Pembantu Ehwal Islam - 100 kekosongan jawatan
3. Pegawai Khidmat Pelanggan - 37 kekosongan jawatan
4. Pebantu Pembangunan Masyarakat - 17 kekosongan jawatan
5. Pembantu Penerbitan - 30 kekosongan jawatan
6. Pegawai Bomba - 103 kekosongan jawatan

MOHON

Tarikh Tutup Permohonan: 30 Jun 2013

Jawatan Kosong TNB - Julai 2013

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong seperti berikut :

1. Pemandu Kenderaan Tingkatan Biasa 'B' Gred TD03 (Janakuasa Bergerak)

2. Pemandu Kenderaan Tingkatan Biasa 'B' Gred TD03 (Gunasama)

Tarikh tutup permohonan 3 julai 2013

maklumat lanjut dan permohonan jawatan sila ke  https://emadis.tnb.com.my/eMadis/

Temuduga Terbuka Di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) - Jun 2013

Permohonan adalah dipelawa kepada sesiapa yang berminat untuk memohon jawatan sebagai PEKERJA SAMBILAN di Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :-

· Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia / SPMV.
. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dan

kemahiran di dalam bidang percetakan.
· Taraf Jawatan : SAMBILAN
· Gaji Bulanan : RM900.00 (Tidak termasuk ‘Over Time’)
· Faedah-Faedah Lain : Caruman KWSP, Caruman Perkeso

. Temuduga Terbuka pada : 19 -26 Jun 2013
. Waktu Temuduga: 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Calon-calon yang berminat dipelawa untuk menghadiri temuduga terbuka di alamat seperti di bawah:

Percetakan Nasional Malaysia Berhad,
Jalan Chan Sow Lin
50554 Kuala Lumpur

No Telefon: 03-92366995
No Faks: 03-920366999

Sumber

Jawatan Kosong Di Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) - Jun 2013

Warganegara Malaysia dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di PERODUA seperti berikut :

1. Executive

2. Assistant Manager 

3. Pembantu Alat Ganti

4. Stock Assistant

5. Trainer 

6. Manager

Tarikh tutup permohonan 30 jun 2013

untuk memohon jawatan sila ke : http://careers.perodua.com.my/auth

Jawatan Kosong Di UITM Kelantan - Jun 2013

Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara
Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan
tetap di UiTM Cawangan Kelantan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. Pegawai Khidmat Pelanggan

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan

(d) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer)

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh
tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA
yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM Cawangan Kelantan, Kampus
Kota Bharu di http://kelantan.uitm.edu.my/kotabharu/

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Ahad, 30 Jun 2013.

Sila kemukakan permohonan kepada :

PENOLONG PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KELANTAN
WISMA KUB, JALAN SULTAN IBRAHIM
15050 KOTA BHARU
KELANTAN DARUL NAIM
NO. TEL : (09) 7417700/733/709

Maklumat lanjut dan borang klik sini